PUPUK@eUsahawan Train of Trainer (TOT) eUsahawan Hab Batch 5 (Day 2) by MDEC

7 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 06 Disember 2023, Rabu, pihak MCMC dengan kerjasama MDEC telah mengadakan Train of Trainer (TOT) eUsahawan Hab Batch 5 secara atas talian untuk hari kedua yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 5:00 petang melalui aplikasi Zoom. Sesi tersebut telah dihadiri oleh beberapa PEDi terpilih yang diwakili oleh Pengurus PEDi dan Rakan Digital. Semasa sesi berlangsung, staf PEDi telah diajar tentang Tiktok Shop for Marketing dan Tiktok Shop oleh coach Mohammad Norazam Azmi.

Antara perkongsian beliau ialah tentang pengenalan Aplikasi Tiktok dan tentang Content Creator. Beliau juga mengajar car acara mendaftar akaun Tiktok, cara menyiarkan kandungan video Tiktok, bagaimana untuk muat naik video Tiktok mengikut trending terbaru. Dalam masa yang sama, beliau juga mengajar bagaimana untuk mengendalikan Tiktok Shop dengan TikTok persendirian. Objektif program eUsahawan ini adalah untuk memberi latihan kepada Pusat Komuniti dalam menyampaikan pengetahuan Usahawan Digital.

Selain itu, latihan ini serba sedikit dapat membantu untuk memperbaiki perkhidmatan yang sedia ada PEDi anjurkan untuk komuniti setempat. Diharapkan dengan webinar seperti ini dapat memberi manfaat dan dapat membantu usahawan untuk meningkatkan ilmu perniagaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali